T-Shirt Labuh Solehah

Warna Dan Paten Terkini

Posted by: bedinjusoh on: June 22, 2009

new solehah catalog adult

Warna terkini dan paten terkini telah tersedia ada untuk dijual. Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Warna Terkini T-Shirt Solehah

Posted by: bedinjusoh on: May 2, 2009

Selamat bertemu kembali para pengunjung sekelian.

Di sini ada sedikit update berkaitan dengan warna baru T-Shirt Solehah. Semoga warna ini menambahkan lagi koleksi pilihan kepada para penggemar T-Shirt labuh Solehah.

Harganya tetap sama berbanding dengan saiz yang ditawarkan sebelum ini.

t-shirt-solehah

Update – Harga Baru T-Shirt Labuh Solehah

Posted by: bedinjusoh on: April 1, 2009

Harga untuk produk-produk T-Shirt Labuh Solehah telah pun dinaikkan semenjak 1 Januari 2009 lagi. Cumanya secara rasminya kami belum lagi membuat perubahan di dalam blog ini. Dengan ini harga yang dipaparkan ini secara otomatiknya membatalkan harga-harga yang dipamerkan sebelum ini.

Harap maklum

1. Katalog Untuk Saiz Dewasa

gambar-dewasa

saiz-dewasa

Harga untuk saiz  M, L, XL ialah RM30.00

Harga untuk saiz XXL, XXXL ialah RM29.00


2. Katalog Untuk Saiz Remaja

gambar-remaja

saiz-remaja

Harga untuk saiz  S, M, L, XL ialah RM28.00


3. Katalog Untuk Saiz Kanak-Kanak

gambar-kanak2

saiz-kanak-kanak

Harga untuk saiz  S, M, L, XL ialah RM26.00

Katalog Terbaru Kami

Posted by: bedinjusoh on: March 9, 2009

Kepada para pengunjung, pembeli dan pengguna T-Shirt Labuh Solehah yang kami hargai sekelian. Kami telahpun menyediakan satu set katalog yang terkini untuk rujukan pengunjung dan peminat.

Semoga dengan penampilan katalog baru ini akan memudahkan anda membuat pilihan yang tepat dan sesuai.

Di sini, ingin saya maklumkan juga bahawa harga untuk kesemua jenis T-Shirt Labuh Soleh telah dinaikan semenjak dari penghujung tahun 2008 lagi.

Harap maklum

1. Katalog Untuk Saiz Dewasa

gambar-dewasa

saiz-dewasa

2. Katalog Untuk Saiz Remaja

gambar-remaja

saiz-remaja

3. Katalog Untuk Saiz Kanak-Kanak

gambar-kanak2

saiz-kanak-kanak

Warna Baru T-Shirt Labuh Solehah

Posted by: bedinjusoh on: August 12, 2008

Untuk pengetahuan pengunjung, saya telahpun update berkaitan dengan warna baru T-Shirt Labuh Solehah. Mungkin ruang yang disediakan agak terlindung, maka para pengunjung sekelian bolehlah KLIK DI SINI untuk pergi ke bahagian tersebut.

Untuk proses tempahan, seprti biasa, samada melalui e-mel atau SMS.

Oleh kerana ini merupakan sebahagian dari warna-warna koleksi yang baru, ditambah pula dengan permintaan yang agak tinggi, kemungkinan kelewatan dalam memenuhi tempahan akan berlaku. Mungkin akan mengambil masa sehinga melebihi 2 minggu.

T-Shirt Labuh Solehah – Warna Baru

Posted by: bedinjusoh on: August 4, 2008

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sambutan yang begitu menggalakkan yang telah diberikan oleh pembeli-pembeli atau pengguna.

Walaupun T-Shirt Labuh Solehah merupakan jenama yang agak baru di pasaran, namun disebabkan oleh harga yang amat berpatutan dan rata-rata mampu beli oleh kebanyakan muslimat (dewasa, tua dan kanak), membuatkan T-Shirt labuh ini semacam “goreng pisang panas”. Ditambah pula dengan dengan kualiti fabrik & rekabentuk yang kontemprori, ini lebih membuatkan T-Shirt Labuh Solehah keluaran kami mendapat sambutan menggalakkan yang berterusan.

Sebagai pesaing baru di dalam pasaran ini, sudah tentu kami ingin terus menapak lebih jauh kehadapan. Di atas sokongan pembeli dan pertambahan permintaan yang mendadak, kami terus mengorak langkah lagi dengan menambah lagi koleksi “WARNA” T-Shirt Labuh Solehah. Untuk pertambahan warna-warna tersebut, peminat T-Shirt Labuh Solehah bolehlah merujuk kepada BAHAGIAN INI. Kami cukup yakin bahawa, warna-warna baru yang lebih ceria ini akan memberi dimensi baru kepada pembei untuk membuat pilihan yang lebih sesuai.

Kepada pembeli2 dan peminat2 T-Shirt Labuh Solehah sekelian, anda bolehlah membuat tempahan keluaran warna terbaru samada besrsulam atau tidak bermula dari sekarang.

Tidak ada pertambahan harga dikenakan dan segala terma-terma masih tetap seperti sediakala.

Pelancaran produk Pertama

Posted by: bedinjusoh on: June 23, 2008

Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali pelanggan dan pengunjung yang dihormati.

Setelah hampir 3 bulan semenjak pelancaran portal Perniagaan Sambilan Muslimah, kini kami dengan rasa bersyukurnya telahpun mengisi satu ruang yang pertama di dalam memenuhi cita-cita dan impian kami untuk menjadikan internet sebagai platfom utama memasarkan produk-produk pilihan kami. Dengan penuh iltizam, kami cuba menzahirkan bahawa dengan terzahirnya keujudan blog atau portal ini, pemasaran melalui internet mampu bukan sekadar menjana pendapatan sambilan malah kami akan buktikan ianya lebih dari itu.

Sebagai permulaan, kami memilih T-Shirt Labuh Solehah sebagai produk sulung portal ini untuk memenuhi slot pertamanya. Produk seperti T-Shirt Labuh Solehah ini dijangkakan mampu memberi saingan kepada produk-produk lain yang telah lama mendapat tempat di dalam pelbagai bentuk pemasaran yang lainnya. Kami yakin, produk T-Shirt Solehah ini dengan harga yang amat berpatutan disamping tidak dikurang sedikit pun kualitinya berbanding dengan T-Shirt labuh yang lain.

Dengan penampilan warna pelbagai pilihan sesuai untuk pelbagai peringkat usia dan saiz, ianya juga sudah cukup meyakinkan kami untuk menjadi pengedar atau ejen produk ini. Juga, bertepatan dengan kehendak dan tuntuan syariah iaitu mementingkan wanita menutup aurat, pemilihan T-Shirt labuh Solehah ini juga mencerminkan juga bertapa kerja-kerja dakwah itu mampu dijelamakan dalam apa juga aspek termasuk perniagaan.

Insyaallah, dari semasa kesemasa, portal ini juga akan menambah beberapa lagi produk dalam konteks yang sama demi memenuhi banyak lagi peluang pemasaran melalui internet ini.

Salam Perkenalan

Posted by: bedinjusoh on: March 25, 2008

Di era semua orang bercakap pasal perniagaan melalui internet ini, terdorong juga saya untuk melakukan sesuatu supaya di usia yang masih bertenaga ini, saya tidak ketinggalan untuk mendampingi internet di sebalik kesibukan sebagai suri rumah sepenuh masa.

Terkial-kial juga mencari ruang masa yang sesuai untuk menjenguh asas dan teknik menguruskan blog. Terima kasih juga kepada suami yang sudi untuk melapangkan masa emasnya untuk membina sebuah blog, yang pada dasarnya saya tidak mempunyai apa-apa kemahiran langsung. Cuma sebelum ini pernah juga bersama anak-anak melayari internet sekadar untuk membiasakan diri saja supaya tidak kelihatan janggal sangat.

Nampaknya, selepas ini kenalah berkeja keras sedikit untuk menguruskan blog ini dengan mengisi apa-apa produk yang difikirkan sesuai untuk dikongsikan bersama rakan dan kenalan.

Jumpa lagi di lembaran yang akan datang

Salam muhibbah untuk pembaca semua.

Azrin Bt Zainal